Tuesday, September 20, 2016

Niqabis

Assalamualaikum.

Sumber: google

Niqabis.
Who is the niqabis?
Niqabis is the one (Muslim woman) who's wearing a veil in public, covering all of the face apart from the eyes. (source: google)

Ok. Mungkin ramai yang dah banyak baca cerita pasal niqab ni. Malahan sampai dah taknak baca dah. Bila nampak tajuk atau isu pasal niqab ni, mesti ramai je yang skip. Yela, benda ni bukan biasa pun kita pakai kat Malaysia ni. Sama mcm kita. Dulu persepsi aku cukup rendah untuk golongan ni. Sampailah pemikiran sengal tu buat aku cakap
"Eleh, org yang pakai purdah ni lagi mulut jahat dari kita" ;
"Ala.. xyahlah nak tutup litup sgt, janji kita tutup aurat yang menepati syarak dan solat buat benda wajib apa semua ok lah".
Sampai macamtu sekali pemikiran I. Punyalah jahil.

Ramai je ber-anggapan golongan ni majoriti gedik, nakkan perhatian dan tumpuan, acah-acah berdakwah tapi sama je dengan perempuan lain yang x pakai purdah ni. Memang sama. Sama sebab golongan ni pun masih hamba Allah yang masih bertatih untuk hidup dengan redha Allah. Sama je macam semua orang kat luar sana. Cuma muka dia dilindungi dengan sehelai kain je.

Dulu kenapa I macam annoying sangat dengan golongan macam ni?
Sebab ada segelintir., I ulang ADA SEGELINTIR yang perangai Masya Allah..macam over the dose. biasa lah perempuan kan, memang tak lari dengan perangai manja. Kadang2 over manja, tu yang jadi gedik tu. Alasan yang sama dibalas kembali, mereka pun manusia yang x lari dari buat salah silap dan dosa.

Habis apa function you guys tutup melitup kalau asyik guna alasan tu? Alasan tu bukan tiket ok you nak buat apa2. Sebab once you dah decide nak jadi 24/7 (atau part-time) niqabis, you kena tahu, I ulang YOU KENA TAHU yang you WAJIB sorokkan lagi diri you tu. Bukan meng-exposedkan lagi. Banyak dah sebenarnya kat blog2 cakap pasal benda ni. Lebih2 lagi pasal niqabis yang selfie2. Apa doe function. Korang type je la kat google tu pasal niqabis. mesti ramai yang tulis blog pasal tegur perbuatan niqabis2 ni; x kisah sama-ada tegas, berlapik atau bermanis-manisan.

Yang dorang ni pun, tak ke dorang tau kerana nila setitik rosak susu sebelanga? Please la korang2 yang nak pakai niqab tu, fikir banyak kali dulu sebelum pakai. Chop. Niqabis sedunia jangan kecam I dulu. Sabar..sabar.. Kan I ada mention yang SEGELINTIR sebelum I cerita panjang lebar ni. Dan bukan I cakap takyah pakai niqab ni. Bukan I nak downkan lagi semangat org yg nak pakai niqab, tapi, take a deep breath dulu. Kentalkan hati supaya benda tu lindung kita dari buat benda-benda yang x manis pada pandangan Allah. Dan bukan pakai sebab kawan2 ramai yang pakai atau sebagainya. Jadi pada sesiapa yang belum rasa hati membuak-buak panas sebab ayat-ayat I ni, tahniah kerana iman anda tebal. Yang dah marah tu, mohon pergi amik wudhu' , yang baru nak marah tu, sabar dulu..istighfar dulu.

I tau korang nak sangat berubah jadi baik and I percaya ramai yang sedang TRYING HARD nak dekatkan diri pada Allah. tapi pernah tak korang google atau refer kepada mana-mana sumber untuk nak start pakai niqab tu? "laa hai, nak buat baik pun nak kena google or tanya dulu ke? Buat je lah dok pikir pa lagi?" Ok bye,
Bukan mcmtu, maksud I disini is tetapkan hati dan iman dan pegang dulu niat yang sebenar kenapa nak pakai niqab. Nak je I cakap niqab tu bukan mainan dan lagi tinggi susahnya daripada hijab okay. Tapi kang takut salah pulak. Bukan nak point kan kat mana2 or sesiapa, tapi you all pun tahu semua orang cakap yang istiqamah tu payah, sebab tu dari awal kena tanam niat lakukan itu utk Allah. Bukan utk fashion semata. Tak kisahlah you baru nak start pakai tudung ke or nak try pakai niqab.

Sebab once you dah pakai niqab, you bawak imej niqab tu bukan dalam Malaysia je okay, disebabkan imej niqab tu adalah pakaian isteri Nabi SAW sendiri, jadinya you dah bawak imej orang arab dan orang Islam sekaligus pada mata dunia. Takkan sebab you ikut fashion lepastu perangai tak elok, habis orang bukan Islam, orang Islam pun dah banned niqabis ni. Pasal selfie tu, I faham kita perempuan mmg gila selfie. Then kalau you dah decide btl nak pakai niqab sbb Allah, you should be so brave and strong to deny your intention to selfie. Itu lah maksud penghijrahan dalam situasi you ni. You kena sekeras-kerasnya tolak dan halang bisikan syaiton dari menggoda you untuk selfie dan upload. I know you kata
"ala, ramai je kat luar sana yg dok selfie bagai. biarlah, I pn makhluk biasa & nk bgau kat orang yg niqabis ni bukan ustazah je, orang biasa2 pn blh pakai." ;
"I selfie je pun, bukan ayat2 manis ke apa."
Laaa. Tapi tujuan you pakai kan sbb nak tutup malu dan kerana Allah. JADI STOP LAH SELFIE2. -..-
Takkan nak ikut orang aje. Habis kalau orang tu sebenarnya pura2 baik dan tarik you sikit2 dalam buat benda lagha smpai you leka? you pn benarkan jugak?
ingat, dosa tu seronok. Benda2 lagha yang melalaikan ni memang sangat seronok. Jangan lupa.

Tapi bagi I, yang menjual niqab ni mungkin ada kelonggaran sikit kot. Itu pn secara formal dan tidak keterlaluan dalam posing sampai boleh nampak kelembutan dan keayuan. Correct me if i'm wrong.

Sumber: google
Niqab Qibtiyyah Exclusive
Tujuan pengambilan gambar: Meniaga Niqab
Meniaga = Sunnah Nabi


Ada yang macam ni ke? Sedihnya kalau macamni. Betulkan balik pls niat you.


Yang bukan niqabis ni pulak, please betulkan balik pandangan korang. Kalau tak boleh nak pandang dorang positive, cuba jangan bagi pandangan lansung. Pandang je lah dengan pandangan kosong. Itu lebih baik dari korang pandang dengan pandangan sinis dan dalam hati tu chop itu ini yang tak baik. Korang cuba selami sikit hati orang yang tengah nak mencuba jadi lebih baik ni. Tapi to be honest, dulu I pun tak de nya terfikir nak letak diri I dalam situasi orang mcmtu. Sebab kadang2 tak tercapai akal kita awat depa dok pakai lagu tu. Pakai tudung hat tutup aurat ja sudahlah. Tapi sebenarnya, kita tak tau apa yang dia rasa. Hidayah apa yang dia dapat, situasi apa yang Allah letakkan pada kehidupan dia, getaran jiwa apa yang dia takutkan, perkara apa yang dia saban hari bimbangkan dan sebagainya. Kita tak tahu. Dan sometimes, benda tu sendiri dorang sendiri tak dapat nak explain kat orang lain. Itu namanya antara dia dan Allah sahaja yang rasa dan faham.

Tp biasalah, semua umat nabi mmg tak lepas dari buat dosa, tercakap psl orang itu ini sbb dah diajar dari awal yng niqabis ni itu ini. , tapi tu semua alasan je, hat dosa yg boleh hindar and elak tu semuanya boleh je buat. Semua terletak kat hati. Kalau hati dah payah and liat sangat macam daging kambing yang susah nak kunyah, payahlah cerita dia. Nak lembutkan hati? mmg cliche jawapan ni tapi mmg ni lah jawapannya; zikir, selawat dan sentiasa berdoa. Ni walaupun hang period walau gadis2, hang boleh buat. Jangan lupa, kebanyakkan penghuni neraka tu terdiri daripada perempuan ya. Sebab tu la I cakap tadi, ramai yang TRYING HARD nak dekatkan diri dengan Allah dan kembali kepada fitrah. SEBAB nak jadi yang tak terlepas dari dosa (kecil/BESAR) itu memanglah tersgt susah. Kadang2 kita tak perasan pn perlakuan kita tu tup tup dah terjatuh jadi dosa kecil rupanya. Ya Allah.. takut.

Akhir kata sekali, It's easier said than done. Mat salleh pun dok kata lagu tu, Islam pun dok kata Istiqamah tu yang kena try hard lagi, hang pa jangan kecam bagi yang tengah mencuba sungguh-sungguh tu. Kita semua masih bertatih, entah sempat atau tak nak berlari. Jaaaadiiiiii sama-samalah kita muhasabah diri. First, bersihkan hati. Nak bersihkan hati? Hat ni kita bincang lain hari.

Terima kasih dengar I membebel.

Oh belum habis lagi.

I ada seorang kawan dimana dia kata "Benda ni bukan kita yang control dia, dia yang control kita Insya Allah"
Control apa? control dari segi apa? Dari segi percakapan, perwatakan dan perlakuan. 
"...awak rasa kan? :)"

Ya,
memang betul.

Because I am now one of the niqabis.

Source: fira_fiqah

No comments:

Post a Comment

Someone's talking.